? ??????????????Neon New Year? ????? ?? ???Rating: 4.3 (46 Ratings)??128 Grabs Today. 3515 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (65 Ratings)??116 Grabs Today. 26257 Total Grabs. ??????Preview?? | ??G BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Salam Perkenalan..............

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Monday, September 7, 2009

mapping

dari apa yang saya faham, mapping atau dalam bahasa melayu peta minda merujuk kepada membuat peta-peta , kartografi dan fotogrametri.


Dalam biologi dan neurosains :

  • gen Pemetaan iaitu tindakan DNA memecah-mecahkan ke kromosom-kromosom gen
  • Pemetaan otak, satu set teknik-teknik untuk mengkaji otak
dalam matematik:
  • Peta (matematik), biasanya sinonim dengan fungsi
  • Fungsi Predikat , satu simbol yang logik mungkin digunakan ke atas suatu istilah atau objek untuk menghasilkan istilah objek yang berbeza.
Dalam pengiraan :
  • Pemetaan data, pemetaan unsur data antara dua model data berbeza
  • Pereka permainan, penciptaan tahap-tahap, tempat-tempat peristiwa, peringkat-peringkat, atau misi-misi untuk satu permainan video
  • Memory-mapped saya / O, perkakasan berpura-pura menjadi ingatan
  • Pemetaan halaman, atau kelui, dalam sistem-sistem ingatan maya
  • Pemetaan tempat persembunyian lokasi-lokasi ingatan utama kepada catatan-catatan sebuah tempat persembunyian
  • Pemetaan tekstur, dalam grafik komputer
  • Pemetaan peranti, tugasan saya / alat-alat O untuk memfail penerang, nama-nama fail, nombor-nombor fail, dan sebagainya

Dalam logik, linguistik, dan psikologik

•konsepsi metafora,

  • Metafora, pemetaan silang merentasi dua atau lebih banyak mata pelajaran seolah-olah tidak berkaitan
  • Analogi, inferens daripada satu perincian untuk satu lagi keterangan








The Laws Of Mind Mapping
Reproduced with the permission of the Buzan Centre, this Mind Map is a diagram that explains the techniques for effective Mind Mapping. Refer to our webpage on Mind Mapping for more tips on effective Mind Mapping with NovaMind.

Thursday, September 3, 2009

cikgu2 seni (upsi)


kenangan di rumah baru Prof Z,
masa ni kami budak2 art yang terlibat dengan program bakti siswa dibawah persatuan pendidikan seni dijemput untuk sama-sama meraikan kediaman baru rumah Prof. Hadir sama naib canselor Dato'Dr Aminah bt Ayub. Sungguh menakjubkan kerana dari maklumat yang saya dapat kediaman ini merupakan kediaman yang amat diingini oleh Prof berkonsepkan rumah dan studio,BERLATARKAN alam semulajadi, dibelakang halaman kediaman ini berlandaskan landskap gunung ganang dan sungai kecil sesuai untuk Prof mendapatkan ilham untuk menghasilkan karya-karya beliau.
ps/ tahniah Prof kerana apa yang diingini berada digenggaman..........

Thursday, July 23, 2009

masalah yang tak dapat diselesaikan???

Masalah yang tidak dapat diselesaikan???

Kata orang xde masalah yang tidak dapat diselesaikan. Baik mana kecil atau masalah tersebut mesti ada jalannya..bak kata aku la.. sesat dalam hutan pun... tak jumpa jalan balik pun..kemungkinan akan jumpa jalannya jugak.. jalan mati...tak dek baham hariamau atau mati kebuluran hehehe.tak heran la kalau tidak kuat iman ramai yang pilih bunuh diri sebagai jalan penyelesaian tapi yang pelik tak ke mereka fikir azab yang akan tiba, so jawapannya, tak lepas jugak masalah tersebut.Hidup ni kadang-kadang tak terlalu sukar untuk kita tempuh kadang –kadang kemungkinan sikap kita yang telah mencorakkan kehidupan kita sebenarnya..tuhan pun ada menjelaskan bahawa dia tak akan mengubah nasib hambanya, melainkan diri hambanya sendiri.
Kalau nak ikut masalah saya sekarang banyak sangat, maslah duit?,, ptptn tak dapat ni..masalah cinta?? Ala kalau dah xde jodoh kan..Masalah yang tak dapat saya elakkan dari dulu sampai la sekarang ni adalah perasaan ingin membuat yang terbaik dalam diri saya,saya ni mudah sangat cemas, mudah gelabah dan terlalu fikirkan perkara yang remeh temah.sekecil mana pun masalah tersebut, membuatkan saya terlalu obses memikirkannya sehingga membawa kesan negatif kepada saya.kalu ada masalah 2, memang akan nampak sangat..tak dapat nak sembunyi. Tak hairanlah dalam apa-apa hal saya mudah tension,tesion dan tension... apa yang jelas perasaan cemas sering menguasai diri ni berlebih-lebih.hmmmm...yang paling memberi kesan adalah dalam perhubungan. Tak kisah la. Keluarga. Rakan-rakan atau pun personal. Kata orang lagi , luahkan la apa yang terpendam itu lebih baik daripada menyimpannya. Sekurangnnya meringankan beban,. Tapi tidak ke kalau dipandang sudut yang lain kita nampak seolah-olah kita berada di situasi yang agak kebudakan, seperti kita tak matang??? Keanakkan?? Ataupun...seperti orang bodoh?? Yang jelas masing-masing ada pandangan tersendiri. Kalu berdiam lebih baik, so diamkan lah.. dan kalau luahkan lebih baik, so ambikla jalan penyelesaian untuk meluahkan kekusutan yang ada, Lagipun tak semestinya apa yang kita harap kita akan dapat. Tapi anggaplah apa yang berlaku ada hikmatnya. takde masalah bermakna tak cukupla asam garam dalam hidup kitakan.tapi yang susah sangat saya nak hindar, masa tension tu la kita akan pikirkan dan perlukan orang yang saya sayang, bukan pakwe erk.. tapi saya akan pikirkan tuhan yang esa, ibu-bapa saya atau juga kekawan kita, tapi kenapa plak time happy, seolah-olah saya alpa dengan nikmat yang diberi. Seolah-olah mereka semua ini tidak wujud..walaupun masalah ini tidak dapat diselesaikan secara mendadak tapi saya percaya dengan keyakinan yang ada akan memberi ruang untuk saya meletakkkan diri saya lebih daripada emosi, bukan emosi mengawasi diri.nak jadi yang terbaik bukan perkara yang mudah, hakikat mampu ke kita berkorban diri kita sendiri demi kepentingan orang lain, hakikat mungkin agak membuatkan saya rimas dengan senario tersebut.mungkin jugak nak menjaga hati orang lain, kita sendiri yang menderita tapi pernah ke orang lain fikir pe yang kita rasa, kadang-kadang saya perlu ikut kata hati untuk membuat apa yang terbaik dalam diri sebab orang lain, masyarakat akan sentiasa bercakap,memandang serong tetapi pernahkah mereka cuba nak membantu kita ketika susah, sebab itulah, dalam apa2 hal saya lebih fikirkan apa yang terbaik untuk saya, sebab saya percaya orang lain tidak mampu mengubah nasib kita melainkan kita yang akan mencorak diri saya sendiri lagipun kita tak mampu nak menutup mulut orang, tapi kita hanya mampu memekakkan telinga.Apa pun, hayat saya hidup dalam tempoh 21 tahun ini dan pengalaman yang saya tempuh banyak membuat saya lebih matang untuk menempuh liku-liku hidup ini. Mungkin nak jadi terbaik atau sempurna mungkin tidak, sebab manusia itu tidak akan sempurna tapi nak berubah daripada buruk kearah kebaikkan,isyallah ada jalannya. Apa pun, saya kan cuba letakkan diri saya di landasan yang betul demi masa depan keluarga saya.Cuma saya harap saya diberi kesempatan dan mampu bernafas di clah-celah kekusutan ini untuk membalas setiap pengorbanan mereka. Doakanlah apa yang terbaik..
Isyallaah...

Powered By Blogger